Monday, March 8, 2010

ACHEH 2010

Pada 26hb Disember 2004 tidak diduga satu bencana Tsunami yang dasyat telah menimpa Banda Acheh dan tempiasnya juga sampai ke Semenanjung Malaysia. Banyak meninggalkan kesan kemusnahan yang amat dasyat kepada penduduk Banda Acheh. Jadi kebetulan Syarikat penerbangan Air Asia menawarkan tambang murah pergi balik ke Acheh jadi saya tidak melepaskan peluang telah bercadang ke sana dan pada 26 Februari 2010 bersama rakan-rakan. Berlepas dari Kota Bharu jam 9.00 ke LCCT dan terus ke Acheh tiba jam 12.20 tgh (1.20 tgh waktu tempatan) di Lapangan Sultan Iskandar Muda.

Air Asia


Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Acheh

Dari Sultan Iskandar Muda Airport dengan kenderaan Pak Tawi Albab ke Hotel Medan tempat penginapan

Hotel Medan


Anak Gajah

Selepas check-in kami terus ronda mula-mula ke tempat kapal nelayan yang tersangkut atas rumah penduduk Acheh, maaf tak ingat nama tempat tu, tapi tengoklah bagaimana kapal itu boleh tersangkut jika tidak dengan kuasa Allah s.w.t


Kapal Nelayan Yang Tersangkut Atas Rumah

Jumpa lagi banyak nak cerita ni.....