SEJENAK BERSAMA
Sunday, June 20, 2010
Monday, March 8, 2010
ACHEH 2010
Pada 26hb Disember 2004 tidak diduga satu bencana Tsunami yang dasyat telah menimpa Banda Acheh dan tempiasnya juga sampai ke Semenanjung Malaysia. Banyak meninggalkan kesan kemusnahan yang amat dasyat kepada penduduk Banda Acheh. Jadi kebetulan Syarikat penerbangan Air Asia menawarkan tambang murah pergi balik ke Acheh jadi saya tidak melepaskan peluang telah bercadang ke sana dan pada 26 Februari 2010 bersama rakan-rakan. Berlepas dari Kota Bharu jam 9.00 ke LCCT dan terus ke Acheh tiba jam 12.20 tgh (1.20 tgh waktu tempatan) di Lapangan Sultan Iskandar Muda.
Air Asia
Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Acheh
Dari Sultan Iskandar Muda Airport dengan kenderaan Pak Tawi Albab ke Hotel Medan tempat penginapan
Hotel Medan
Anak Gajah
Selepas check-in kami terus ronda mula-mula ke tempat kapal nelayan yang tersangkut atas rumah penduduk Acheh, maaf tak ingat nama tempat tu, tapi tengoklah bagaimana kapal itu boleh tersangkut jika tidak dengan kuasa Allah s.w.t
Kapal Nelayan Yang Tersangkut Atas Rumah
Jumpa lagi banyak nak cerita ni.....
Tuesday, February 16, 2010
PELUANG PERNIAGAAN BARU
Anda bertuah kerana anda bakal menjadi yang terawal dalam bisnes ini dengan kelebihan produk baru di pasaran.
DENGAN MODAL BERMULA SERENDAH RM580 anda mampu menjana hingga RM5000, RM10,000 atau lebih SEMINGGU..
Layari:www.Share2u.my/aminuddin
Monday, January 25, 2010
CERMIN DIRI

Kepada Semua......
Yang tak pernah bersuara
tidak bererti dangkal ilmunya
seperti ubi,diam-diam berisi
Yang mahir berkata-kata
tidak semesti tinggi ilmunya
seperti gendang kosong,
sana-sini boleh kelentong
Yang tahu membezakan
antara kaca dengan intan
dialah yang layak digelar siswazah
walau tiada kelulusan ijazah
Yang hanyut di arus puji
hanya tampil kerana nama
sering terbawa resmi ayam bertelur sebiji,
riuh sekampung
Yang sedar pada kebenaran
tidak mengharap sebarang sanjungan
malah meniru resmi penyu
telur beratus,tidak gembar-gembur
Yang hanya tahu mengeji
sebenarnya iri hati
atau mungkin terlupa akan kekurangan diri
Yang gemar memberi nasihat
perangai sendiri masih berkarat,
Lihat ke dalam Cermin Diri
usah menjadi Lebai Ketayap!
Dan yang sentiasa bersikap sinis
menganggap orang lain pula hipokrit
sudahkah meninjau diri sendiri
Yang nyata,kita semua sama, tiada yang sempurna!